Ahad, 9 Mac 2014

PrayForMH370

Seluruh negara dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 penerbangan dari KL ke Beijing pada 8 Mac 2014. Misi mencari dan menyelamat telah digerakkan oleh Agensi yang berkaitan serta dibantu oleh negara Jiran tetangga bagi merungkai misteri kehilangan pesawat terbabit.Pelbagai spekulasi dan tafsiran bermain dilaman sosial dan tak kurang hebatnya dengan pertikaian dan percaturan elemen politik dimasukkan dalam sembang sembang berkaitan kehilangan pesawat ini .Apa yang kita harapkan kini adalah keselamatan kesemua penumpang yang terlibat dengan pesawat ini. Elakkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan ketidakselesaan ahli keluarga penumpang yang terlibat .Sebaiknya kita berdoa dan bersolat hajat memohon petunjuk ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan mencari dan menyelamat yang sedang dilakukan kini ...#PrayforMH370

Tiada ulasan: