Isnin, 10 Oktober 2016

Kejayaan kali ke 2 selaku Pengulas Radio Terbaik ASA 2016

Tahun 2016 ini sekali lagi menjadi saksi terhadap penglibatan saya dalam bidang penyiaran dengan pengiktirafan buat kali kedua sebagai Pengulas Radio Terbaik Anugerah Seri Angkasa yang telah berlangsung di Angkasapuri April Lepas .
Agak lama menyepi diri dari arena blog ini hampir 2 tahun tiada sebarang kemaskini lantas tanggal 10 Oktober 2016 ini ku hayunkan kembali idea untuk dicoretkan tentang perkembangan terkini yang dapat dikongsi bersama dengan khalayak yang sudi menatap artikel dan entri ini ..apapun yang mampu disimpulkan 2016 merupakan tahun yang amat mencabar.

Ahad, 9 Mac 2014

PrayForMH370

Seluruh negara dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 penerbangan dari KL ke Beijing pada 8 Mac 2014. Misi mencari dan menyelamat telah digerakkan oleh Agensi yang berkaitan serta dibantu oleh negara Jiran tetangga bagi merungkai misteri kehilangan pesawat terbabit.Pelbagai spekulasi dan tafsiran bermain dilaman sosial dan tak kurang hebatnya dengan pertikaian dan percaturan elemen politik dimasukkan dalam sembang sembang berkaitan kehilangan pesawat ini .Apa yang kita harapkan kini adalah keselamatan kesemua penumpang yang terlibat dengan pesawat ini. Elakkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan ketidakselesaan ahli keluarga penumpang yang terlibat .Sebaiknya kita berdoa dan bersolat hajat memohon petunjuk ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan mencari dan menyelamat yang sedang dilakukan kini ...#PrayforMH370

Rabu, 5 Mac 2014

2014 Menghasilkan single Aida Elias dan berduet.

Syukur Alhamdullillah rezeki hasil dari kepercayaan yang diberi oleh insan seni yang amat saya sanjungi Omara untuk menerbitkan lagu bagi single pertama Aida Elias . Saya telah menghasilkan lagu dan lirik yang berjudul Simfoni . Laguni bagi saya amat sesuai dengan vokal Aida . Disamping kepercayaan yang diberi oleh Sdr Omara untuk mengandingkansaya berduet bersama Aida dalam lagu Cinta Di Kaki Gunung Jerai untuk Telemovie Pertemuan Di Kaki Gunung Jerai. Dengarkan di radio pilihan anda ya ....
2014 ni aku kembali memenuhi ruang stadium Bandaraya bukan sekadar untuk menonton tetapi menjalankan tugasan untuk liputan langsung seperti dulu dulu sempena Liga Perdana 2014. Biarpun dah lama tak mengulas namun semangat yang membara dalam jiwa seakan menjadi tonik penyuntik semangat untuk kembali menyuburkan istilah pengulasan sukan bolasepak ni .Jelas respon yang diterima dari peminat bola Penang amat mengalakkan termasuk kerjasama dari pihak FAP membawa lembaran padu untuk pengisian siaran waktu ulasan ...Haria Penang Haria .

2014 dan Cabaran

Salam Ceria bertemu kembali di lembaran ini bersama segunung impian dalam mengalas cabaran untuk memburu kejayaan. Fokus perlu seiring dalam mengatur perancangan kerana sesuatu yang direncanakan tak mungkin mampu direalisasikan Andaikata tidak berlandaskan keikhlasan dan kecenderungan . Perkongsian motivasi dalam menyuntik inspirasi

Rabu, 2 Januari 2013

Aku dan seni

Show disana sini....Galapagos & Crosstown serta Anak2 Seni P.Pinang