Rabu, 5 Mac 2014
2014 Menghasilkan single Aida Elias dan berduet.
Syukur Alhamdullillah rezeki hasil dari kepercayaan yang diberi oleh insan seni yang amat saya sanjungi Omara untuk menerbitkan lagu bagi single pertama Aida Elias . Saya telah menghasilkan lagu dan lirik yang berjudul Simfoni . Laguni bagi saya amat sesuai dengan vokal Aida . Disamping kepercayaan yang diberi oleh Sdr Omara untuk mengandingkansaya berduet bersama Aida dalam lagu Cinta Di Kaki Gunung Jerai untuk Telemovie Pertemuan Di Kaki Gunung Jerai. Dengarkan di radio pilihan anda ya ....
2014 ni aku kembali memenuhi ruang stadium Bandaraya bukan sekadar untuk menonton tetapi menjalankan tugasan untuk liputan langsung seperti dulu dulu sempena Liga Perdana 2014. Biarpun dah lama tak mengulas namun semangat yang membara dalam jiwa seakan menjadi tonik penyuntik semangat untuk kembali menyuburkan istilah pengulasan sukan bolasepak ni .Jelas respon yang diterima dari peminat bola Penang amat mengalakkan termasuk kerjasama dari pihak FAP membawa lembaran padu untuk pengisian siaran waktu ulasan ...Haria Penang Haria .
2014 dan Cabaran
Salam Ceria bertemu kembali di lembaran ini bersama segunung impian dalam mengalas cabaran untuk memburu kejayaan.
Fokus perlu seiring dalam mengatur perancangan kerana sesuatu yang direncanakan tak mungkin mampu direalisasikan Andaikata tidak berlandaskan keikhlasan dan kecenderungan . Perkongsian motivasi dalam menyuntik inspirasi
Rabu, 2 Januari 2013
Cameron Highland ..Akhirnya aku sampai
Kesempatan berkursus bersama pakar motivasi yang tidak asing lagi Dr Ahmad lothfi Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Cikgu anjuran Jabatan Penyiaran Penyiaran Malaysia Pulau Pinang telah memberi kesempatan untuk kali pertama menjejakkan kaki di Cameron Highlands . Bumi Hijau yang kaya dgn ladang teh dan strawberri ini bersama suasana dingin sepanjang hari sedikit sebanyak memberikan suntikan ilham kepadaku sebagai insan seni untuk meredakan stress dan menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Esa ..
PENGHUJUNG DISEMBER 2012 MENYAKSIKAN PENGANJURAN KONSERT GILANG GEMILANG DI TAPAK PESTA PULAU PINANG ..KONSERT SENTUHAN OTAI ROCK BERSAMA MUTIARAFM PADA 22 DISEMBER 2012 DISAKSIKAN HAMPIR 3000 PENONTON YANG MENGIMBAU KEMBALI NOSTALGIA ROCK KAPAK BERSAMA OTAI2 ROCK TANAHAIR SEPERTI KAMAL CRK , AFEE UTOPIA , YANTZEN , RAHMAD MEGA & BLOODSHED
TAGLINE KONSERT ROCK SELAMANYA HASIL CETUSAN IDEA METALZURA TELAH TERPILIH UNTUK MENGHIASI SEPANJANG KONSERT BERLANGSUNG TERMASUK HADIAH WANG TUNAI SERTA BAUCAR PENGINAPAN DAN BUFFET MAKAN MALAM SUMBANGAN PENAJA HYDRO HOTEL MENGAMATKAN LAGI SUASANA. MEMANG MANTAP MENYENGAT ..INI BARU ROCK
SALAM SEJAHTERA , SALAM 1 MALAYSIA , SELAMAT TAHUN BAHARU 2013 ...SEMPURNA SUDAH DIARI 2012 KITA BUKA LEMBARAN BARU 2013 MOGA2 SINAR KEGEMILANGAN AKAN DITEMPA DI TAHUN BAHARU INI BERSAMA AZAM BARU ..2013 MEMERLUKAN FOKUS YANG LEBIH UNTUK MENCERNA JATI DIRI YANG KUKUH ..YANG JAUH KITA DEKATKAN YANG DEKAT KITA MESRAKAN YANG MESRA KITA SERASIKAN YANG SERASI KITA SENSASIKAN ...ADIOS..
.
Langgan:
Catatan (Atom)










