Rabu, 12 September 2012

Salam 1 Malaysia ..salam ceria dan Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2012 ini untuk kali ke 49 ..Mengimbau sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 membuktikan satu ikatan muhibbah yang perlu untuk kita bersama memelihara keamanan keharmonian yang telah terjalin selama ini dalam memacu kecemerlangan negara menuju wawasan 2020 . Selamat Hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia ..

Selasa, 28 Ogos 2012

AFISZ ARIS - CUIT RAYA 2012 MUTIARAFM BERSAMA ARTIS-ARTIS PULAU PINANG



Suasana konti malam raya

CUIT RAYA MUTIARAFM 2012 bersama Janz360 & Larz Salas



Live dari konti malam raya ..

Sebalik tabir Raya Mai Pulak 2012



Salah satu program raya yang saya terbitkan pada tahun 2012

Merdeka Selamat Aman Makmur by Trio Megaseni



Salam Kemerdekaan untuk seluruh rakyat Malaysia

DJYY - Salam Di Perantauan



Lagu raya untuk sahabat setia tak kira dimana jua berada ..

Salam Hari Raya - Galapagos



Lagu Raya istimewa daripada Galapagos untuk sahabat semua

Rahmat di Pagi Raya



Sajian Halua Telinga sebagai hidangan Syawal Istimewa untuk para sahabat semua

Merdeka 2012 Janji Ditepati

Tanggal 31 Ogos datang lagi bersama melayari kenangan Merdeka yang dilaungkan oleh YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan Malaysia) Kini 55 tahun sudah berlalu dgn begitu pesat membangun Malaysia dgn masyarakat majmuk yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan keamanan. Terima Kasih untuk para pemimpin terdahulu yang telah berusaha untuk mencapai kemerdekaan , membebaskan bumi berdaulat ini dari kuasa penjajahan ..Semarakkan semangat patriotik dgn mengibarkan Jalur Gemilang ..Merdeka Merdeka Merdeka

Salam Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri , Maaf Zahir Batin untuk muslimin muslimat yang dihormati sekalian ..Raikan dengan penuh kebahagiaan , kesyukuran dgn rahmat dan rezeki kurniaan dari Yang Maha Esa .Amalkan kunjung mengunjung serta saling bermaafan antara satu sama lain . 1 Syawal di sambut mesra Raikan kemenangan sebulan berpuasa Salah silap maaf di pinta Gamit Keceriaan hindarkan nestapa

Rabu, 25 Julai 2012

1001 Kenangan Sukma di Pahang 2012

Sukma Pahang telah melabuhkan tirainya pada 16 Julai yang lalu dgn pelbagai suka duka dilalui oleh setiap kontinjen yang bertanding . Kami krew Mutiarafm yang membuat liputan di Kuantan hampir 2 minggu juga tidak terkecuali dgn pelbagai pengalaman yang dikutip sepanjang temasya itu berlangsung di abadikan dalam pose kenangan ini . Terima Kasih Pahang Darul Makmur dengan 1001 kenangan . Janji Ada . .
Demam Olimpik kini bermula , misi untuk kontinjen negara merangkul pingat emas pertama apakah mampu tercapai kali ini sama2 kita tunggu ..biar apapun yang bakal berlaku amat penting Kibaran Jalur Gemilang di kota London akan terus megah dan diharapkan lagu Negaraku akan bergema di podium olimpik kali ini ..ikuti gegar Olimpik 2012 dari London di RTM.
Marhaban Ya Ramadhan ..Segala Puji-Pujian Bagi Allah SWT , Suasana Ramadhan yang tenang mengiringi harapan dan mengalas seribu azam untuk menyempurnakan segala yang diperintahkan dan menjauhi segala larangan NYA . Selamat Menunaikan Ibadah Puasa untuk muslimin dan muslimat .

Ahad, 24 Jun 2012

Tanggal 24 Jun 2012 genaplah usia Anak ke 4 ku Nur Aisy Yamani 4 Tahun ..Moga panjang umur murah rezeki dan menjadi insan yang soleh ..Selamat Hari Lahir Anakku

Rabu, 20 Jun 2012

Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia Salam 1 Syaaban untuk sahabat blog ku sekalian ..Hari ini 21 Jun 2012 maka genaplah usiaku 35 tahun ..Bersyukur pada Mu Ya Allah kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus bernafas di Alam yang Fana ini ..berkat dari rezeki yang diperolehi serta kebahagiaan yang dikecapi bersama Isteri serta Anak2 tersayang menjadi suntikan inspirasi untuk aku terus berjaya menempuhi segala cabaran dan rintangan ..terima kasih untuk semua

Selasa, 19 Jun 2012

ON AIR

Hello Hai Lapooooooooooooorrr diri ..semoga sahabat semua berada dalam keadaan ceria sentiasa ..Telah menjadi rutin seorang penyiar ON AIR di stesen Radio ..Bagi yang ingin bersamaku terbang d udara boleh dgrkan suaraku di FM 95.7 , 93.9 & 90.9 Mhz atau menerusi Radio Online ..Lapoooooooooooooooooorrrr diri bersamaku tanpa rasa jemu Setiap Selasa & Rabu 9-12 malam Khamis 7-9 pagi dan Ahad 9-12 malam . Hanya di Radio Malaysia Mutiarafm

Ahad, 17 Jun 2012

Hadiah Hari Bapa 2012

Saya ingin berkongsikan garapan penghargaan yang tidak ternilai dari anak2 saya Nur Aiman , Nur Aisar , Nur Aidil , Nur Aisy & Nur Qaseh sempena sambutan Hari Bapa kali ini ..terima kasih untuk cahaya mataku ...

Salam Israk Mikraj 2012

Sempena Sambutan Israk Mikraj 1433 Hijah ini ..Saya ingin berkongsikan ingatan dan renungan untuk seluruh muslimin & muslimat agar kita bersama menghayati sirah Israk Mikraj yang telah dilalui oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan bermula dari peristiwa inilah juga ibadah solat diperintahkan untuk Umat Islam ..sama2 kita renungi dan kita pelihara keimanan dalam menanti ketibaan Syaaban yang mengamit kehadiran Ramadhan.

Hargai Jasa Bapa

Sempena sambutan Hari Bapa pada hari ini (17 Jun 2012) saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada abah saya Md Yusoff Bin Abdullah serta para bapa di seluruh dunia ..Sesungguhnya Jasa bapa terlalu besar untuk kita yang bergelar anak ini . Keringat yang dicurahkan untuk mencari rezeki bagi membesarkan kita. Ayah , Abah , Bapa jasamu akan sentiasa dikenang hingga ke akhir hayat.

Khamis, 14 Jun 2012

PERSEMBAHAN GALAPAGOS TOUR DE TIOMAN 2012

Persembahan Galapagos di Pesta Penang 2011

u

Live Akustik Radiasi 1400 AlFarabiBand dalam Rocklive Mutiarafm.

Memupuk Nilai Murni Dan Budi Bahasa

Salam Sejahtera untuk semua , Salam 1 Malaysia ..Lapooooooooooooorrrrr diri dalam mood ceria . Harapan saya semoga sahabat blogger sekalian berada dalam suasana yang gembira dan bersemangat tika dan saat ini . Senyuman adalah satu sedekah terbaik yang menjadi penawar pada 1001 masalah . Kita sebagai rakyat Malaysia sudah pastinya tidak lekang dari keramahan dan keceriaan apabila bertegur sapa dgn sesiapa saja yang ditemui sama ada sudah lama kenal atau baru pertama kali kenal . Amalan Nilai Murni adalah merupakan satu wadah tuntutan yang telah menjadi tunjang kepeda kejayaan Malaysia setelah hampir 55 tahun Merdeka . Budaya Berbudi Bahasa sudah pasti tidak akan hilang dan tenggelam ditelan zaman selagi kita masih berpijak pada prinsip hidup yang berkualiti , hormat menghormati , merendah diri , tolong menolong . Inilah asas kepada kejayaan kita rakyat 1 Malaysia , maka dengan itu semaikan nilai nilai murni dalam rutin seharian agar ia akan terus subur dalam diri generasi akan datang sebagai pendokong warisan kegemilangan

Belum Masanya - Angah

Sebuah lagu yang saya hasilkan sepenuhnya melodi dan lirik serta mendapat khidmat garapan gubahan istimewa oleh Komposer Mat Din . Semoga Terhibur

Simpan Saja Dihati - Syed Idid

Sebuah lagu yang liriknya saya hasilkan berdasarkan kisah benar yang dialami oleh seorang sahabat saya , diadaptasi berdasarkan kekecewaan yang dialami setelah cinta yang terbina terbengkalai dipertengahan jalan ..cuba selami dan hayati lirik lagu ini ..Semoga terhibur

Khamis, 19 Januari 2012

2012 Pasti Mencabar

Assalamualaikum , Hello Hai Lapooooooooooooooooooorrr diri sahabat sekalian ..Salam 1 Malaysia ...2012 bakal mewarnakan halatuju yang lebih mencabar untuk karier dan gaya hidup ..tahun ini juga bakal menyaksikan perancangan yang drastik dalam membuat keputusan ..Sesuatu yang sukar akan jadi lebih mudah seandainya kita bijak mencatur perancangan ...tapi yang penting prinsip dan jati diri jangan sekali-kali dipinggirkan , serta pelihara budi bahasa sesama kita ...Apa jua cabaran dan rintangan hadapi dgn tabah dan tenang moga-moga ada sinar menanti kita di puncak jaya ...